Saturday, 21 November 2015

Sangat Mengejutkan!!! Bunuh diri gara-gara tertekan hantaran tinggi

ANHUI - CHINA. Seorang lelaki membunuh diri dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan gara-gara tertekan untuk menyediakan wang hantaran tinggi kepada keluarga tunangnya, dakwa ibu-bapanya.

Xiaolei melangsungkan pertunangan bersama pilihan hatinya, Lanlan sejak Disember lalu dan diminta untuk menyediakan 10,000 yuan (RM 6,670) kepada keluarga perempuan serta beberapa barangan lain yang bernilai lebih 30,000 yuan (RM 20,011)



Malah, keluarga tunangnya turut meminta wang 20,000 yuan (RM 13,340)  serta hadiah seperti rokok dan arak sebulan kemudian.

Gaga-gara tertekan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka,  Xiaolei didakwa membunuh diri dengan terjun dari bangunan di sebuah tapak pembinaan tempat dia bekerja di Shanghai.

Memetik laporan CCTVNews, ibu-bapa Xiaolei menyalahkan keluarga wanita itu yang menjadi penyebab kematian anak mereka.

"Anaknya itu pernah mengadu terasa terbeban untuk memenuhi permintaan keluarga tunanngya yang dianggap keterlaluan," katanya

Keluarga Xiaolei menyaman keluarga wanita itu dan meminta supaya mereka memulangkan semula wang serta barangan yang pernah diberikan anaknya itu.

Walau bagaimanapun, mahkamah hanya memerintahkan keluarga terbabit mengembalikan semula wang.

Tradisi menyediakan hantaran kepada bakal keluarga mertua sudah menjadi amalan di China sebagai tanda 'perpisahan' kepada keluarga sebelum berbakti kepada keluarga suami.

Pada zaman moden, tradisi ini semakin kurang diamalkan dan kebiasaanya hanya dipratikkan di beberapa daerah terpencil di China.

Kredit Artikel : http://www.sinarharian.com.my/global/bunuh-diri-gara-gara-tertekan-hantaran-tinggi-1.453553

Wednesday, 18 November 2015

Jom Lihat: Anak saudara Siti Nurhaliza yang bakal gegarkan Malaysia tak lama lagi ?

Wajah persis artis terkenal , Nora Danish .Gadis manis ini kelihatan berseri-seri dan cantik sekali.

Itulah dakwa sebahagian netizen .Siapa sangka beliau rupa-rupanya merupakan anak gadis kepada kakak penyanyi terkenal Malaysia iaitu Saida Taruddin.


Yang juga merupakan ank saudara atau anak buah Siti Nurhalliza .Sekali tengok, macam tak percaya pun ada, sebab tak macam mak dengan anak.

Tapi lebih kepada adik dan kakak .Saida kekal awet muda, anaknya, Nisa turut terkena tempias ibunya.

Sama cantik sama muda. Jom layan gambar berkaitan .Adakah beliau akan sertai dunia glamour Malaysia selepas ini ?

Sama-sama kita semua nantikan .








Sumber : kongsi8

Tuesday, 17 November 2015

KANTOI !!! Tu@la Wanita Artis S3ksi Ini Terjatuh Semasa Buat Persembahan Live Di Tv...MEMALUKAN BETUL!!!

Sungguh memalukan nasib penyanyi mexico bernama Patricia Navidad ini lantaran bukanapa-apaketika sedang tampil Live di tv. Namun, siapa yang menyangka pembalutnya terjatuh di lantai.


Saat dilansir Mirror.co.uk, pada peristiwa tersebut Patricia sedang membawakan lagu Viva Mexico diacara pagi Despierta America, tak lama selepas pembalutnya terjatuh di lantai Patricia tetapmeneruskan nyanyinya walaupun ia baru saja mengalami kejadian yang sangat memalukan dalamhidupnya.

"Sangat menyedihkan sekali ada lelaki yang lupa bahawa mereka ada di sini kerana seorang wanitadan mereka sangat menyinggung serta kesat pada wanita. Wanita menggunakan tuala pembalutkujatuh, "ujarnya sedih.


Namun, disisi lain ada yang menuduh bahawa penyanyi seksi ini sengaja menjatuhkan pembalutnyauntuk mencari sensasi dan menaikkan popularitinya.

"Aku tak pernah dan tak akan pernah membuang tuala. Ini bukan sesuatu yang seharusnyamembuatku malu atau dicaci, "jelasnya.

Berikut video memalukan tersebut:


         


Sumber

GEMPAR!!! Adakah Ini Sebabnya Kenapa Jihan & Nabil Disingkirkan Dari Gegar Vaganza...

Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza 2 (GV2) Nabil Ahmad dikecam penonton program realiti tersebut, namun berbeza untuk kali ini.


Selepas disingkirkan daripada program tersebut pada konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, Nabil dan Jihan bakal digantikan dengan pengacara lebih berpengalaman iaitu Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob.

Penyingkiran tersebut diketahui selepas lagu mereka dipaparkan di skrin pada segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun foto mereka telah ditukarkan dengan wajah Kak Engku dan Salih.

Menjawab tentang penyingkiran kedua-dua pengacara tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan.

“Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

“Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

“Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Pada konsert minggu kelima bertemakan 'Hits Vaganza' Nabil dan Jihan telah menyanyikan lagu duet yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Amelina berjudul Seri Langkat.

Bagaimanapun, selepas Nabil dan Jihan ‘disingkirkan’ daripada GV2 para penonton telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter:





FOTO terkini Hani Karmila, anak arwah Hani Mohsin semakin Hot Dan bergaya

Teringat pula seorang pelakon yang cukup berbakat ini, iaitu arwah Hani Mohsin. Dulu-dulu zaman filem Jimi Asmara tengah top memang suka sangat tengok. Piao memang minat dengan arwah Hani Mohsin kira hero melaya jugakan saing-saing Rosyam Nor.


Semasa berita kematian arwah ditayangkan piao juga turut rasa sedih kerana melihat satu-satu anak perempuannya menagis setelah diberitahu ayahnya telah meninggal. Masa tu tengok memang comel sangat Hani Karmila nama yang cantik macam orangnya juga. - piao

Tapi sekarang Hani Karmila telah dewasa. Cantik dan mempunyai iras-iras ayahnya iaitu arwah Hani Mohsin. Jum tengok gambar di bawah :-




MENGEJUTKAN SEMUA: Ibu Masak Bayi Dalam Ketuhar Selama 5 Minit

SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.

Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.

Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.


Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut.

Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.

Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan.

Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.

Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza.

Peguambela Ka Yang,‎  Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.

"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini," kata Parisi ketika ditemu ramah.

Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan' (ketika kejadian).

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.

SUMBER: Sinar Harian

FUHH: Korang Pasti TERKEJUT BERUK Selepas Lihat 6 Jenis Makanan Harian Tiruan Di China

Anda jangan tidak tahu bahawa sebenarnya bukan sahaja kasut sneakers dan juga handphone sahaja yang boleh diklon di China malah bahan makanan juga tidak kurang hebatnya.


Kami dapat tahu mengenai perkara ini pun sudah rasa cukup bimbang. Makanan harian anda juga berpotensi untuk diklon jika anda berada di China.

1. Kacang Walnut


Untuk bahan pertama ini mungkin tahap peniruan bukanlah hebat sangat tetapi memang rasa tertipu jika anda jadi pembeli. Bayangkan anda memang kemaruk makan kacang ditambah dengan si isteri mengidam kacang walnut.


Sekali bila anda beli dan cuba mahu pecahkan kulitnya, hanya ketulan simen konkrit yang anda dapat.

2. Daging Khinzir Menjadi Daging Lembu


Ini sangat bahaya jika perkara yang sama terjadi di Malaysia. Memang jijik habis ini. Di China, ada sindiket yang menukarkan daging khinzir kepada daging lembu. Proses memerap dan menukar rasa daging tersebut pula,hanya mengambil masa 90 minit.


Dengan melalui beberapa proses yang disertakan dengan bahan kimia, hasil akhirnya nanti membuatkan rasa daging khinzir itu terus mati dan digantikan dengan rasa lembu sebenar. Bahaya sungguh!

3. Beras!


Cuba bayangkan, beras pun boleh diciplak. Melampau betul. Antara bahan yang digunakan di dalam penghasilan berasa tersebut adalah berasaskan plastik industi.

Malah lebih mengejutkan, menurut kenyataan rasmi Chinese Restaurant Association di sana, memakan tiga mangkuk nasi tiruan tersebut bersamaan dengan makan satu beg plastik. Lama-lama nanti, ia akan merosakkan sistem penghadaman makanan anda.

4. Susu Formula Bayi


Susu tiruan merupakan salah satu industri terbesar yang pernah dicatatkan di China malah lebih mengejutkan, ada di antara susu tiruan ini sebenarnya berjaya menembusi pasaran antarabangsa.


Risau juga kami memikirkan perkara sebegini. Pada tahun 2004, 60 orang bayi meninggal dunia akibat susu tiruan ini.

5. Mee Lilin?


Anda suka makan mee goreng mamak? Pada 2011, sebanyak 5.5 tan mee yang dibuat di China dirampas oleh kerana menggunakan bahan kandungan yang digunakan di dalam dakwat printer dan juga beberapa elemen lilin (wax) yang semestinya membuatkan sistem penghadaman anda bakal menghadapi masalah.


Jadi, adakah anda masih lagi penggemar mee?

6. Telur


Ya, isu telur tiruan pernah kecoh sebentar di Malaysia satu ketika dahulu. Melalui beberapa campuran bahan kimia, maka anda boleh hasilkan telur dan antara kes yang paling menarik pernah ditemui China, telur kuning yang siap direbus sepenuhnya tidak mudah pecah malah melantun pula.


Kadang-kala kesesakan dan kesempitan hidup membuatkan seseorang individu itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan apa yang kesan terhadap orang lain. Namun jika dilihat pada kes yang berlaku di China ini, kebanyakannya melibatkan kuantiti yang banyak setanding industri sebenar. Teringin juga kami mahu review makanan di sana. 


Jom Lihat : 5 Gambar Adik Wawa Zainal Yang Cun Melecun !!

Wawa Zainal merupakan pelakon cantik yang pernah menggemparakn industri hiburan tanah air ekoran kesnya kahwin senyap-senyap dengan Aeril Zafrel dan juga kes dengan MIG.


Wawa Zainal dilahirkan dalam keluaraga campuran Melayu Brunei, Bajau dan Filipino. Keluarga Wawa Zainal juga agak besar iaitu seramai 11 orang adik-beradik dan Wawa merupakan anak ke 8.

Wawa Zainal mempunyai adik perempuan yang comel, cantik dan cun, iras-iras wajah Wawa.





Monday, 16 November 2015

AKHIRNYA!!! BONGKAR RAHSIA!!! PUNCA SEBENAR REMAJA BERUSIA 12 TAHUN DICERAIKAN TALAK 3 OLEH SUAMINYA ...

Akhbar The Star secara eksklusif mendedahkan bahawa Nur Fazira Saad, gadis berusia 13 tahun yang baru diceraikan baru-baru ini pernah membuat laporan polis pada bulan Julai 2012 sebelum dia berkahwin. Dia melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh 3 orang lelaki termasuk bekas suaminya.


Aku dah tulis pengakuan sebelah perempuan dalam entri sebelum ini. Kalau nak tahu boleh klik ENTRI 1 kat atas.

Apa kata Mohd Fahmi Alias, bekas suami Nur Fazira Saad ?

“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,”

Mohd Fahmi malah mendakwa bekas isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim)"

Mohd fahmi memberitau dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan walaupun tempoh perkahwinan belum cukup setahun.

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,”

Kata Mohd Fahmi, dia menceraikan Nor Fazira dengan talak satu, bukannya tiga seperti yang dihebohkan dalam media. Mohd Fahmi yang berhenti sekolah pada umur 16 tahun dan selepas itu bekerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM1,000 sebulan mengenali Nur Fazira  dua bulan sebelum mereka berkahwin.

Beberapa dakwaan lain Mohd Fahmi terhadap bekas isteri....

- biadap terhadap ibu bapa mertua
- tidak pernah memasak
- lari dari rumah setiap kali tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara
- berperangai jahat






Popular Posts

User Online Now