Tuesday, 9 February 2016

MENYEDIHKAN!!Kanak-Kanak Putus Sebahagian Kaki Akibat Tersepit di Eskalator di KL Sentral


KUALA LUMPUR - Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki bersiar-siar bersama keluarga bertukar detik cemas apabila sebahagian kaki kirinya terputus apabila kaki itu tersepit pada tangga eskalator di tingkat bawah KTM Komuter, KL Sentral petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kanak-kanak berusia empat tahun itu difahamkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ambulan sebelum anggota bomba tiba.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, seramai lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang.

"Kejadian telah berlaku dua jam lebih awal sebelum  pihak Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur terima panggilan.

"Sejurus tiba, anggota bertindak pantas mencari dan mengambil jari kaki yang terputus untuk diserahkan kepada pihak hospital," katanya.



"Kaki kanak kanak terbabit tersepit antara panel besi dan tangga. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)selepas dikeluarkan dari eskalator.

"Kami menerima panggilan meminta membantu mencari sebahagian pergelangan kaki yang putus sebelum ditemui pada 6.30 petang dan diserahkan kepada HKL," katanya.
Laporan dari Kosmo! menyebut, orang ramai yang menyaksikan kejadian berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut, bagaimanapun, separuh dari tapak kaki kirinya telah putus dan tersepit pada tangga eskalator terbabit.

Laporan itu juga berkata sebelum kejadian, keluarga terbabit sedang menuruni eskalator terbabit.




GEMPAR!!!(7 Gambar) Gempa Taiwan : Polis Siasat Tin Kosong Diguna Sebagai Bahan Binaan Bangunan!!



TAIWAN - Pihak polis Taiwan kini sedang membuat siasatan selepas tin-tin kosong ditemui di sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Taiwan baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Dailymail, kelihatan tin-tin cat digunakan sebagai perantaraan di sebalik dinding pangsapuri tersebut.

Selain dari tin cat, portal Shanghaist pula melaporkan turut kelihatan tin minyak masak digunakan untuk tujuan sama.

Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata bangunan itu telah dibina secara sah dan mempunyai permit.

Pada Sabtu lalu, satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Ricther melanda Taiwan menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat itu roboh.







Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri itu masih hilang manakala 103 lagi masih terperangkap di sebalik runtuhan.

Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah berjaya dikeluarkan.

Menurut Datuk Bandar, William Lai, lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina..



Credit To:SiakapKeli.my

TERBAIK!!ORANG KAYA HANTAR ANAK KE PERKAMPUNGAN...LIHAT APA YANG TERJADI APABILA DIA BALIK....



Seorang lelaki dari CHINA yang benar-benar kaya menyuruh anak lelakinya pergi ke kawasan luar bandar dan mahu dia mengalami kemiskinan. Anaknya tinggal bersama keluarga di luar bandar selama tiga hari, dan apabila dia pulang, dia mempunyai perbualan yang berikut dengan bapanya.

Ayah bertanya, "jadi bagaimana pengembaraan kamu?"

Anak itu berkata "Rasanya baik-baik saja."

"Apakah perbezaan di antara rumah kita dan rumah mereka?" Ayah bertanya.

"W0w! Terdapat banyak perbezaan! " jawabnya gembira, dia meneruskan

"Kita mempunyai seekor anjing di rumah, tetapi mereka mempunyai empat.

Kita ada air yang di sucikan dalam kolam renang, tetapi mereka mempunyai sebuah kolam yang sangat besar dengan air yang bersih dan jernih, ada juga ikan di dalamnya.

Kita ada lampu mentol yang mencerahkan suasana kebun kita, tapi mereka mempunyai bulan serta bintang yang menyinar malam mereka.

Kebun kita terhad dengan pagar yang di bina, tapi mereka tiada had. Kebun mereka sangat luas seperti luas sehingga hujung dunia.

Kita hiburkan diri dengan mendengar lagu di rumah, mereka mendengar burung mencicit serta bunyian alam semula jadi yang lain.

Rumah kita di keliling oleh pagar, tapi rumah mereka sentiasa terbuka menjemput sesiapa untuk datang

Di bandar, telefon bimbit dan komputer menghubungkan kita; di sana, orang yang berkait rapat dengan sifat dan keluarga mereka. "

Lelaki tersebut sangat terkejut dengan apa yang anaknya katakan seterusnya, "Ayah, terima kasih kerana membenarkan saya tahu betapa miskin kita sebenarnya." Kata anak itu.

 “Many pe0ple are so p00r that the only thing they have is money.” – R0d0lfo C0sta

Hidup kita, kebahagiaan kita dan alam semula jadi di sekeliling kita adalah perkara-perkara yang wang tidak boleh membeli.

Mengapa perkara-perkara yang boleh dibeli dengan wang adalah lebih berharga daripada perkara-perkara yang walaupun wang tidak boleh di beli?

Apabila anda mula menghargai orang di sekeliling anda dan perkara yang anda punyai, anda akan berhenti mengejar erti "hidup kaya" kerana anda tahu anda mempunyai semua yang anda perlukan.

Kisah ini di tulis oleh seorang yang tidak di kenali, artikel versi bahasa China telah tersebar luas di internet, jadi kami memutuskan untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dan membiarkan lebih ramai pembaca tahu tentang cerita ini.

Credit to:Babab.Net

Monday, 8 February 2016

SAYU!!Lagi pendedahan mengejutkan bekas isteri Salih Yaakob

Raha menderita sejak mengahwini Salih Yaakob | TATKALA kami bersua, terpancar sinar bahagia di wajah ibu kepada enam anak ini. Tidak mahu berselindung, Nor Raha Hamad, 47, mengakui, hatinya kini lebih tenang dan mendoakan hanya terbaik bagi kelangsungan hidup pada masa akan datang.

“Ya, saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang sudah mempunyai isteri dan bapa kepada 13 orang anak. Ini adalah jodoh yang tuhan telah tulis buat saya,” kata bekas isteri pelawak Salih Yaccob ini, memulakan bicara dalam pertemuan eksklusif dengan Mega.

Nor Raha muncul kepada media atas nasihat suami yang baru dinikahinya, yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Z pada Disember lalu. Ini adalah bagi merungkai segala misteri di sebalik cerita-cerita yang dibangkitkan oleh Salih sebelum ini yang mendakwa wanita itu meminta cerai kerana punya orang ketiga selepas bertemu rakan lama dalam sesi reunion.

Mega catatkan semula hasil temubual dengan anak kelahiran Perak ini mendedahkan punca perceraian antara mereka dari sudut Raha sendiri lapor Utusan Online.



MEGA: Nampak bersinar-sinar kebahagiaan di wajah Raha. Mungkin boleh kongsi sikit kehidupan sekarang.

RAHA: Jelas ke nampak bahagia itu? Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Kalau hendak diibaratkan, mungkin seperti burung yang bebas terbang di udara (ketawa). Mungkin tafsirannya agak berlebihan, tetapi jujur, itu yang saya sedang alami sekarang. Anak-anak pun sedang membesar dengan baik, keluarga pun sihat-sihat belaka. Semuanya baik-baik sahaja.

Sudah pun bergelar isteri walaupun baru saja bercerai. Boleh kongsi sedikit, bila Raha melangsungkan pernikahan dengan Mr Z?

Ya, saya sudah berkahwin semula. Pada usia 47 tahun ini, saya tidak sangka akan ada lelaki yang sanggup melamar lagi. Sebenarnya saya risau juga. Maklum sajalah, siapa mahu beristerikan nenek kepada empat cucu seperti saya ini, kan? Syukur kepada Allah, jodoh saya untuk bergelar isteri buat kali ketiga masih ada. Suami saya sekarang berusia 49 tahun dan kami melangsung pernikahan di salah sebuah hotel di ibu kota pada Disember lalu.

Perkahwinan kali ketiga ini, saya difahamkan oleh Salih yang Raha merupakan isteri kedua juga, betul?

Ya, betul. Alhamdulillah, isteri pertama menerima kehadiran saya dengan hati terbuka. Jujur, dia pada awalnya sukar untuk menerima saya, tetapi setelah mendengar dengan mulut saya sendiri apa yang saya alami semasa bersama Salih, dia mengerti derita diri ini. Malah, semasa majlis pernikahan saya dengan suami, dia turut hadir dan menyaksikan sendiri akad nikah dilafazkan suami kami. Ibu bapa saya, anak-anak juga menerima suami saya. Seperti saya kata, inilah jodoh.

Sebelum ini, Salih tampil membuat kenyataan yang seakan meletakkan punca perceraian adalah disebabkan oleh Raha sendiri. Malah, dia pernah mendedahkan wujudnya orang ketiga menyebabkan Raha mula tawar hati, betul ke begitu?

Saya sebenarnya malas untuk ambil peduli kenyataan-kenyataan Salih sehinggalah satu ketika, suami menyuruh saya untuk tampil ke hadapan menerangkan perkara sebenar menyebabkan keruntuhan rumah tangga kami. Bukan saya mahu menegakkan benang yang basah, cuma kenyataan-kenyataan Salih sebenarnya jauh dari apa yang terjadi.

Saya juga tidak mahu, suami saya terus-menerus dituduh sebagai orang ketiga. Tuduhan itu bagi saya agak melampau, kerana saya dengan suami baharu sudah lama kenal. Sejak kecil lagi kerana kami membesar di kawasan yang sama, di Bangsar. Jadi, mana datang orang ketiga?

Malah, Salih juga ada mengatakan pertemuan semula atau reunion sebagai punca sedangkan saya sudah hampir lima tahun terlibat dengan aktiviti itu, jadi saya tidak pasti mengapa Salih mengeluarkan kenyataan sebegitu.




Jadi apa sebenarnya yang menjadikan hati Raha betul-betul tawar sehingga nekad memohon cerai?

Sebenarnya, saya sudah lama menahan derita, 23 tahun bukan tempoh singkat. Kalau boleh, dari awal dulu saya ingin dilepaskan, tetapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, saya tahan dan terus bersabar.

Hubungan kami sudah lama bermasalah umpama retak menunggu belah. Pada 2012, saya pernah sekali meminta untuk diceraikan. Ketika itu, Salih datang dan memujuk. Hati saya ketika itu rapuh dan apabila dipujuk, saya beri lagi peluang.
Namun, tahun demi tahun, Salih tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Saya dibiarkan tanpa perhatian. Hati isteri mana yang sanggup bersabar 23 tahun memendam rasa. Tahun lepas, bulan Julai, saya nekad memohon cerai. Salih tidak mengendahkan sehinggalah bulan September, dia melafazkan cerai talak satu di rumah kami.

Adakah kerana hidup berkongsi suami menyebabkan kurangnya kasih sayang dan perhatian yang diberikan Salih?

Poligami itu tidak salah sekiranya suami bijak berlaku adil dan tidak melebih-lebihkan isteri kesayangannya. Tetapi itu yang berlaku dalam rumah tangga kami. Saya langsung tidak diberi perhatian. Bayangkan, ada ketika, sehingga lebih seminggu, dia langsung tidak bertanya khabar tentang saya dan juga anak-anak. Entah makan atau tidak, hidup atau tidak, semua dia tidak kisah.

Zaman sekarang teknologi semua ada, Telefon atau hantar Whatsapp sahaja. Tetapi, dia tak buat semua itu. Saya balik kampung seminggu sehingga sudah pulang ke rumah pun dia tidak tahu.

Saya seperti tidak bersuami. Ibarat digantung tidak bertali. Hati saya sakit, menderita. Sabar saya sudah habis.

Mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan Raha meminta cerai?

Salih pernah menafikan masalah kewangan sebagai punca. Jangan tipulah. Duit kadang-kadang tidak diberi. Saya meniaga sendiri menjual rempeyek bersama anak-anak untuk menyara 
hidup.

Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak. Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti pengemis saya lihat anak-anak saya.

Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah. Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.

Bukan mahu membuka aib Salih, tetapi saya perlu tampil memberi tahu kebenaran supaya tiada pihak terus menuduh saya sebagai perempuan gatal atau punca perceraian. Cukuplah saya menderita selama ini. Saya cuma ingin bahagia.

Diceraikan oleh Salih, pernah atau tidak, Raha rasa ralat atau menyesal dengan tindakan itu?

Menyesal? Tidak mungkin. Sejujurnya, saya lega. Hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya ketika cerai dilafazkan. Seolah-olah derita yang ditanggung selama ini terlerai satu-persatu.

Sekiranya saya tidak berkahwin lagi pun, saya tetap dengan keputusan berpisah dengan dia. Saya selama ini menyara hidup sendiri. Memang agak sukar kerana Salih yang membayar rumah dan memberi nafkah, tetapi saya nekad.Malah, sebelum memohon cerai, saya sudah buat solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah. Alhamdulillah, saya kira inilah yang terbaik buat saya.

Tindakan Raha yang terus berkahwin selepas habis tempoh edah menimbulkan persepsi yang Raha sememangnya sudah mempunyai orang lain sebelum bercerai. Mungkin ada 
penjelasan.

Apa yang saya boleh katakan, ini jodoh. Saya dengan suami sudah lama kenal kerana kami hidup berjiran semasa kecil dahulu dan dia merupakan pengerusi kepada kelab reunion yang saya sertai. Pada mulanya, kami kenal hanya sebagai rakan. Tiada istilah bercinta. Namun selepas saya diceraikan, dia melamar untuk mengahwini saya. Bagi saya itu bukan isu.

Saya berkahwin dengannya bukan kerana nafsu, tetapi rasa ingin disayangi. Saya ingin perhatian daripada suami. Saya tidak minta dibelai setiap saat tetapi cukuplah jika memberi rasa yang saya sebenarnya bersuami. Sekarang baru saya rasa perasaan itu. Memang usia perkahwinan kami masih baru, tetapi setakat ini Alhamdulillah, suami memberi kasih sayang seadilnya. Saya juga sudah memberi jaminan kepada isteri pertama yang dia tidak akan rasa seperti dimadukan. Itu janji saya untuk tidak merampas kasih antara mereka.

Di akhir bicara, mungkin Raha ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Saya anggap ini ketentuan Illahi, Jodoh pertemuan dan juga perpisahan adalah suratan dari-Nya. Kita sebagai manusia perlu menerima qada dan qadar yang tertulis untuk kita. Saya hanya memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Saya selalu berdoa untuk diberi peluang sebegini. Alhamdulillah, tuhan makbulkan. Saya juga meminta agar isu perceraian kami tidak lagi dibangkitkan. Yang sudah berlaku, biarkan sahaja. Jangan anggap pendedahan saya ini sebagai serangan balas tetapi cuma ingin memberi penjelasan. Itu sahaja.

Credit To:BlogMazeer.com

MENGEMPARKAN!!LUBANG MISTERI DI SIBERIA DIGALI YAKJUJ MAKJUJ KINI TERBONGKAR !!!

Sebuah lubang misteri yang besar telah ditemui di semenanjung Yamal, Barat Laut Siberia, Russia. Tempat itu bermaksud “hujung dunia”.



Lubang yang dirakam beberapa helikopter yang melintas dan tersebar ke Internet itu mulai diselidiki oleh para saintis.



Berdasarkan foto-foto yang ditampilkan via satelit Google Maps, lanskap dari lubang itu tidaklah rata tapi ada banyak lubang-lubang besar dan kecil.
Berikut adalah beberapa konspirasi teori mengenai analisa penyebab lubang yang berdiameter 262 kaki (79,85 meter) dan dalam 200 kaki (60,96 meter) itu muncul atau terbentuk.
1. Meteor
2. Lubang Gas
3. Yang ini bukan teori Saintis, tetapi teori orang beriman, lubang tersebut digali oleh Yakjuj dan Makjuj untuk keluar dari perut bumi.




Siapa Yakjuj Dan Makjuj?
Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam. Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi tiba-tiba berkata, “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah. Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di dinding Ya’juj dan Ma’juj. “Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan ibu jari dan jari telunjuknya.
Legenda mengenai Ya’juj dan Ma’juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam. Dalam ajaran Kristian  pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya’juj dan Ma’juj di sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.
Lalu, dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan runtuh dan kaum Ya’juj dan Ma’juj akan keluar. “Dan, pada hari itu (ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama lain seperti gelombang ….” Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat “pada hari itu” (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain atas ayat itu.
Kerana ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang Ya’juj dan Ma’juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.
Ini dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi Jabatan Agama. “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”
Soalan utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi, apakah kaum Ya’juj dan Ma’juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu, kemungkinan besar kaum Ya’juj dan Ma’juj sudah mencari jalan keluar.
Dalam kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. “Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?” Nabi menjawab, “Ya, ketika kem@ks!atan berleluasa.”
Pendapat Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain. Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya’juj dan Ma’juj masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari sisa-sisanya.
Ada pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia). Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh difahami. Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia, berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali dengan nama Ngarai Darial.
Orang Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani, Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica. Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly. Sejak zaman dulu, Ngarai Darial dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia.

PERHATIAN!!MOHON SEBARKAN 6 JENIS PERHIASAN RUMAH YANG PALING DIMURKAI ALLAH SWT DALAM RUMAH

WAJIB BACA!! MUNGKIN Ada Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam Didalam RUMAH ANDA!!


RUMAH adalah tempat perlindungan & beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban
Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik & kenderaan yang menyenangkan hati
Manakala di dalam surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :Allah menjadikan untuk rumah-rumah kamu sebagai tmpt yang menyenangkan
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung dan sebagainya.Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung
Begitu juga dengan..
rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanya.
Kadang kala,terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas pada zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat disebabkan wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan & seumpamanya.CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau mana-mana bahagian yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad;
Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang atau cara mendidik anak-anak mereka.



TIDAK BERNYAWA
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yang tidak bernyawa.



Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sebagainya.



Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gamabr artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (org bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t.



Islam tidak menggalakkan gambar-gamabr seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau menimbulkan perasaan untuk memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan & kelebihan ilmunya & Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh dan ikutan.
Begitu juga dgn gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana ia boleh menjadi kenangan.

SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas & perak kerana bila mana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan sombong, riak & ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati bagi orang fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan dan jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya di makan, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak & ia tidak dianggap untuk diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir & memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat
Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini.
Dalam satu riwayat diterangkan : Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia tidak akan sesekali dapat meniupkan roh itu.
Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan & peghinaan kerana bukan kuasa manusia untuk meniupkan roh.

Credit To:Babab.Net

PANAS PANAS!!Dokumen sulit gaji Dollah Salleh, pemain Perlis jadi viral di Whatsapp


Dalam kesibukan membuat persediaan menjelang musim 2016, pasukan bola sepak Perlis menerima 'ujian' tersendiri apabila senarai gaji barisan jurulatih dan pemain menjadi viral di internet.

Sekeping dokumen yang tertera senarai gaji pegawai, pemain dan kakitangan pasukan Perlis termasuk Jurulatih, Dollah Salleh dan barisan pemain tersebar di laman sosial dan blog, hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dokumen berkenaan tulen ataupun palsu.

Dengan tajuk "Senarai Gaji Pegawai, pemain dan kakitangan Perlis FA 2016", sebaran maklumat sulit itu sekali gus mengejutkan banyak pihak.

Kandungan dokumen tersebut juga turut mendedahkan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk menampung bayaran gaji barisan pemain.

Portal Malaysiakini yang membuat liputan bagaimanapun tidak dapat menyiarkan dokumen berkenaan kerana ia bersifat sulit.

Sementara itu, Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu mengenai perkara itu.

"Saya sudah maklumkan dan minta pihak pengurusan PFA siasat sama ada dokumen tersebut asli atau palsu," katanya kepada Malaysiakini.

Credit to:Babab.Net

MEMALUKAN.!! GADIS BERTUDUNG AJAK TEMAN LELAKI BUAT AKSI DI RUMAHNYA BILA MAK PAK TIADA


Astagfirullah hal azim! Begini ke perangai remaja sekarang di media sosial?? Teruknya cara diorang menggunakan aplikasi yang berguna seperti Twitter, Instagram dan facebook dengan memenuhi benda yang tak berfaedah.. Sedih betul melihat cara diorang, seperti orang yang tak berakal dan tak pandai membawa diri..

Mudah betul terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif.

. Lihat saje lah minah ini, tanpa segan silu memuat naik status yang boleh dibaca semua orang.. Sekali gus dengan tweet itu telah menjatuhkan maruah dia sendiri di laman sosial.. Miss Rasa macam bangang je baca tweet yang dimuatnaik minah ini..

Bangga pulak itu minah ini muat naik status di Twitternya yang berbunyi begini.. Miss rasa nak pergi lempang pipi dia bertalu-talu sehingga dia sedar dan dapat berfikir dengan waras!

‘Saya dengan awak boleh berzina kat rumah saya bila mak bapak saya tak ada.. Jangan risau, jiran saya semua tak kisah pasal orang..’

‘Itu lah awak, lain kali nak berzina tanya lah saya mana port elok, kalau dah kantoi begini tak ke haru??..’

Dik, kenapa lah ko jadi begini dik?? Ko tak ada maruah ke?? Apa yang seronok dan bangga sangat dapat berbuat begitu.. Begitu ke cara remaja sekarang kalau nak memuat naik status?? Biar status itu nampak gempak walaupun menjatuhkan maruah korang sendiri ye..

Wahai remaja diluar sana fikir-fikirkan lah masa depan korang dan mak bapak korang sama.. Jangan terlampau seronok dan leka dengan ‘hiburan’ di dunia, jaga lah diri dengan sebaik mungkin..

Elakkan diri daripada gejala sosial yang tak sihat seperti pergaulan bebas, dadah dan sebagainya.. Jangan sampai korang menyesal lepas ini dah tak ada guna..


Credit to:MissHana/Utaranews.com

Popular Posts

User Online Now