Saturday, 5 December 2015

MENGEJUTKAN!! Kejutan Hari jadi Dari Suami Yang Isterinya Tak Akan Lupa Selamanya

Heboh di laman sosial mengenai kisah seorang lelaki memberi kejutan kepada isterinya kerana curang kepadanya. Berikut merupakan kisah tersebut.Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.

Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.


Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.

Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.

Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.

Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam alammari pakaian.

Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.

Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan harijadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.

Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..

"SUPRISE!!!"

Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.

Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.

Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,

-Sumber

FUHH : 7 Gambar SELFIE CUN Adik Tasha Shilla Yang Pasti Buat Korang Bergetar Jantung!

Selain Tasha Shilla yang berani atau 'daring' memuatnaik foto kontroversi di laman sosial, adiknya, Ella Razak juga tidak kurang hebatnya.


Memiliki tubuh yang lebih genit daripada Tasha, selfie Ella Razak ini pasti buat korang bergetar jantung.

Kami harap, Tasha dapat memberikan nasihat yang terbaik untuk adiknya itu.








Sumber : http://babab.net/out/kenapa-sabri-yunus-berhenti-melawak-selepas-yus-jambu-meninggal-dunia.html&sandbox=off

Kenapa Sabri Yunus Berhenti Melawak Selepas Yus Jambu Meninggal Dunia?

Sabri Yunus merupakan salah seorang pelawak otai yang sememangnya popular. Beliau popular menerusi rancangan komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak beberapa lama dahulu bersama Imuda dan lain-lain lagi.

Sabri Yunus telah mengeluarkan kenyataan ingin berhenti melawak sejurus selepas pemergian Allahyarham Yus Jambu. Allahyarham terlalu amat menghormati Sabri Yunus sehingga apabila diajak bersama berada di atas pentas arwah akan menolak.


Ini berkemungkinan Sabri Yunus adalah juri sewaktu arwah Yus Jambu memenangi pertandingan Raja Lawak dahulu.

Jom baca apa komen sebenarnya Sabri Yunus ;

"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.

"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian,"

Terlalu banyak kenangan di antara semua artis dengan Allahyarham Yus Jambu. Arwah sememangnya seorang yang baik hati dan begitu disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Kehilangan Allahyarham Yus Jambu memang begitu dirasai oleh kita semua.

Bersama-sama lah kito berdoa agar Roh Allahyarham Yus Jambu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Sumber Blog : http://babab.net/out/kenapa-sabri-yunus-berhenti-melawak-selepas-yus-jambu-meninggal-dunia.html&sandbox=off

JOM LIHAT : Wajah bakal Isteri Wok Doyok .. sweet n romantis sangat ? (7Gambar)

Selepas isu Wak Doyok Sudah Punya Teman Istimewa? Adakah Wak Doyok mula memberikan petunjuk siapakah wanita pilihan hatinya?


Di instagramnya,beliau kerap memuat naik foto bersama seorang bekas personaliti tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim. Wak Doyok atau nama sebenarnya ialah Tengku Muhammad Azwan Shah.

Beliau merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment dan bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini.

Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.







Kami sertakan beberapa foto mesra Wak Doyok bersama Azrinaz Mazhar Hakim... mereka sepadan .

SUMBER: http://www.sinarhairan.com/2015/12/wajah-bakal-isteri-wok-doyok-sweet-n.html

VIDEO VIRAL !! Suami Lama Tak Dapat.. Baru Jer Nak On Dengan Isteri Ada Jer Halangan

Beritahariann.org - sebuah video klip yang kelakar menjadi viral dan dilihat lebih dari 1 juta view dari youtube. Video ini mengisahkan pasangan suami isteri yang mempunyai seorang cahaya mata

Suami yang lama tidak dapat berhajat untuk "bersama" isteri namun ketika itu anak kecilnya pula menangis.Apabila anak kecilnya telah tidur baru sahaja nak mula kedengaran azan magrib pula berkumandang stop seketika.


Sesudah itu baru sahaja nak mulakan operasi tiba-tiba ada pula jiran datang marah tidak membenarkan bayi atau kanak-kanak kecil tidur diwaktu magrib selepas jiran pulang bersemangat nak teruskan operasi suami isteri akhirnya anak pula panggil.

Akhirnya si suami kecewa batal hajat untuk teruskan hubungan tersebut. Moral of the story apabila anda telah dikurniakan cahaya mata jangan lepaskan hajat anda di depan anak-anak anda kerana anda adalah guru mereka apapun saksikan video dibawah jangan lupa like page dibawah ini: Sumber
kesian... suami dah la lama x dpt baru jer nk on dengan isteri ada jer halangan

Posted by Berita Hot Sepanjang Masa on Tuesday, December 30, 2014

MENGEJUTKAN!! 9 Gambar Terbaik Mendada SADO Nooraida , Bekas Skandal Adi Putra

Imej Terkini Nooraida, Bekas Skandal Adi Putra Semakin Mengancam (8 Gambar) | Wanita cantik molek ini menjadi sensasi apabila dia dikatakan menjalin hubungan dengan Adi Putra. Kulit putih mulus dan potongan badan yang mantap menjadikan Nooraida persis seorang model.


 Jom layan gambar hot Nooraida di bawah ini:




    JOM LIHAT!! 12 Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi Wow !! Hebat Juga Si Amir Ni

    Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

    Najwa Muhyiddin

    Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.


    Lisa Surihani

    Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

    Yuna

    Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

    Daphne Iking

    Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

    Ahmad Idham


    Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

    Sudirman Hj Arshad

    Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

    Datuk Aznil Hj Nawawi

    Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

    Fazley Yaakob

    Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

    Jason Lo

    Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

    Kaer Azami

    Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

    Aishah

    Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

    Azhar Sulaiman

    Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

    SEMOGA ARTIS LAIN TERMOTIVASI!!


    SUMBER ARTIKEL

    FUHH GEMPAKKK!! Lihat Bagaimana Lelaki berusia 24 tahun dibunuh oleh telefon pintar beliau

    Jonas adalah 24, suka mendengar muzik, dan berbual dengan kawan-kawannya pada telefon pintar itu.Beliau adalah kira-kira untuk pergi melalui satu pengalaman yang mendalam akan mengubah hidupnya.


    Video ini ringkas dan secara dramatik menunjukkan salah satu masalah terbesar kontemporari. Jantung saya laju selepas video.

    Ia benar-benar memukul saya di muka. Tetapi semua orang yang memiliki telefon bimbit perlu belajar pelajaran ini. Atas sebab itu, berkongsi video ini mengejutkan dengan semua orang yang anda tahu.

    KANTOIII!! Kisah Benar Seorang Isteri Yang Curang Dengan Lelaki Lain Di Pejabat

    #KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

    SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.


    SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

    Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

    PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

    Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

    Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

    Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

    Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

    Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

    HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang ber zi na itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

    Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

    Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

    Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetu buhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

    Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

    Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

    Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

    Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

    Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

    Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

    Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

    Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzi na dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
    Mertua saya mengucap panjang.

    Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

    Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

    Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

    Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

    Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

    Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

    Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

    KESIMPULAN
    Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

    WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zi na bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana n afsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zi na itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila na fsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranj angnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

    Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

    Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

    Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

    Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zi na yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

    Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu c a’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zi n a. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

    Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

    DUNIA AKHIR ZAMAN!! Beribu-ribu Penumpang Kapal Mewah Belayar Tanpa Pakaian [ Gambar ]

    #Kemudahan mewah yang ditawarkan pakej pelancongan di pelayaran memang dijamin memanjakan hari - hari anda selama perjalanan . Tapi , itu sudah biasa . Namun , Bare Necessities Tour and Travel , memberikan sensasi berbeza saat bercuti di atas kapal pelayaran .

    Bukan hanya kemudahan mewah dan destinasi pelancongan menawan yang ditawarkan oleh syarikat perjalanan pelancongan asal Amerika ini , tapi juga " kebebasan " menunjukkan diri . Artinya seluruh awak dan penumpang kapal tersebut bebas , bahkan wajib menanggalkan busana mereka .


    Menurut laman web rasminya , syarikat yang sudah mengkhususkan diri dalam bercuti tanpa busana sejak 1990 ini , ingin menyingkirkan ego banyak orang terhadap persekitaran sosial . Dengan fesyen , orang - orang sering memandang sesuatu dari tahap sosial mereka . Tapi , dengan bugil atau tanpa busana , mereka akan menyingkirkan ego tersebut dan menjadi diri sendiri .

    " Kami ingin menggalakkan para penumpang untuk membebaskan diri mereka , agar mereka boleh menerima tubuh mereka apa adanya , " ujar Presiden Bare Necessities Tour and Travel , Nancy Tiemann .

    Tidak hanya itu, bercuti tanpa pakaian ini juga dituntut membuat penumpang di kapal tersebut lebih mudah mendapatkan rakan baru. Sesuai dengan slogan mereka, "Tidak ada orang asing di Bare Necessities, yang ada hanyalah teman-teman yang belum pernah anda temui".

    Selain itu, Tiemann meyakinkan ketelanjangan tidak selamanya berorientasikan pada kegiatan seksual. Bahkan para penumpang dilarang melakukan hubungan seks kecuali di bilik atau kabin peribadi.

    Meski menggunakan konsep bogel, kapal ini tetap mempunyai peraturan-peraturan khusus. Salah satunya adalah wajib berpakaian saat kapal berada di pelabuhan atau saat kapten kapal mengumumkan bahawa pakaian diperlukan.

    Tidak hanya itu, semua penumpang juga harus berpakaian lengkap semasa makan di ruang makan dan saat menghadiri pesta cocktail dari kapten kapal.

    Setiap tahun, syarikat ini memberikan perjalanan dengan kapal layar dan tujuan yang berbeza. Daerah tujuan pelayarannya contohnya Caribbean, kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik dan daerah-daerah eksotik lain. - Credit Blog

    MENGEJUTKAN: Lelaki Wajib Tengok Nie...!!! Nauzubillah Min Zaliq...!!! [ 3 GAMBAR ]

    KHAS BUAT ISTERI2

    Wahai muslimat2 yg dimuliakan Allah swt,jika kamu sayangkan suamimu,tutup lah aurat dgn sempurna.
    Jangan disebabkan kerana kamu suami, kamu terpaksa menanggung azab siksa di NERAKA kelak....

    Wahai para suami, AURAT isterimu merupakan tanggungjawab kamu,didik dan bimbinglah mereka dgn sempurna....



    INGAT!!!!
    Suami yg takut atau tidak mahu menegur kesilapan dan kesalahan isteri adalah lelaki DAYUS.
    Dan tempat seorang lelaki dayus ada lah di NERAKA jahanam...

    Nauzubillah min zaliq....

    p/s : kalau bab Agama tak ramai yang like & share, kalau bab artis laju je tekan like & share. Tapi rakan2 dalam page ni tak camtu kan? Nauzubillah....

    Jika tiap wanita itu sedar akan dirinya seorang isteri yang tidak mahu suaminya keneraka. Segala perintah Allah juga akan dilaksanakan...
    Begitu juga pada tiap semua suami...
    Begitu juga semua umat islam yg telah disyariatkan segala hukum Allah dan perintah-perintah yg perlu dilaksanakan...
    Tanya diri sendiri utk buat segala perintahNYA atau laranganNYA...
    Kebahagiaan DISANA Bermula Harini...



    MEMANG HEBAT: 10 Koleksi Gambar Kehidupan Mewah Anak Jutawan China Di Amerika

    Peningkatan jumlah jutawan ranyat China- dan menghabis berbilion-bilion dolar di luar negara. Kebanyakan daripadanya mendarat di Amerika Syarikat di mana ramai anak-anak daripada golongan elit kaya dihantar untuk mendapatkan pendidikan kolej di Amerika – dan mereka hidup mewah.


    Vocativ mendapati budaya pelajar-pelajar Cina di California. Mereka memandu kereta mewah seperti Ferrari dan Maseratis dan Konserto kekayaan mereka menonjol dalam kumpulan dalam talian, seperti “Kereta Super di Amerika”.










    Popular Posts

    User Online Now