Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, berkata sungguhpun perjalanan di GV2 sudah berakhir, tidak bermakna aktiviti seninya terhenti.
“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang untuk saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, bekas vokalis kumpulan Handy Black Zul atan Nurzul Suphia'an Sa'ban ketika ditemui menganggap nasib tidak menyebelahinya pada minggu ini.
“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat.
“Saya tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar.
“Dapat menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,” katanya ketika ditemui selapas konsert berakhir.
Ezlynn dan Zul meninggalkan 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus bertanding di konsert minggu hadapan bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.
Tugasan yang bakal dilalui peserta pada konsert minggu keempat itu ialah duet bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha Omar, Jaclyn Victor, Nourul Wahab dan ramai lagi.
Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Sumber
0 comments:
Post a Comment