Surianti tidak pernah bersikap meminta-minta sejak kematian suaminya.
Surianti Mohd Nor, 35, berkata, dia tidak pernah berniat untuk memburukkan Achey sebaliknya sekadar menyatakan perkara sebenar memandangkan bekas peserta program Bintang Mencari Bintang (BMB) itu pernah mengeluarkan kenyataan tentangnya di sebuah portal hiburan atas talian sebelum ini.
Sejak arwah meninggal dunia saya tidak pernah meminta simpati atau bantuan kewangan daripada sesiapa pun dan menggunakan kudrat yang ada dengan menjalankan perniagaan online untuk menyara keluarga saya.
Saya cuma memberitahu perkara yang betul dan bukannya berbohong tetapi nampaknya kenyataan saya itu telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak, katanya kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Pandan Perdana di sini, Jumaat.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez turut hadir pada pertemuaan itu.
Sebelum ini menerusi artikel mStar Online, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian Harun pada 8 Mac lalu.
Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.
Achey bagaimanapun dalam kenyataan balasnya menjelaskan terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.
Dalam pada itu, Surianti berkata, dia kesal dengan sikap Achey yang seolah-olah langsung tidak mengenalinya biarpun hakikatnya hubungan mereka akrab sebelum ini.
Berita Sepenuhnya Disini : http://bulletinmedia.blogspot.my/2015/11/panas-saya-bukan-isteri-kedua-isteri.html
0 comments:
Post a Comment