Kedengaran adik-beradik itu memanggil “abah, abah, meh sat abah, kami datang cara elok abah” tetapi mereka disimbah dengan air.
Tidak cukup dengan itu, seorang wanita yang dipercayai isteri baru kepada bapanya mengapi-apikan kekecohan yang berlaku dengan menyuruh lelaki berkenaan menghalau adik beradik itu.
Empunya video berkenaan menyatakan lelaki itu dikatakan telah disihir oleh isteri mudanya sehingga dia amat membenci anak-anaknya sehingga sanggup berkelakuan sedemikian rupa.
“Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging,” kata individu berkenaan.
Seorang lagi individu yang mendakwa kejadian itu berlaku kepada saudaranya sendiri dan mendakwa guru itu telah berubah sejak berkahwin dengan janda berkenaan sehingga melupakan tanggungjawab sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandung mereka.
“Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Meskipun begitu, anak-anak selalu merinduinya.
“Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.
“Tiba-tiba keluar perkataan Lada Ayah di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil,” ujarnya.
Sumber: http://beloggerviral.blogspot.my/2015/11/kisah-sebenar-video-bapa-menyimbah-air.html
0 comments:
Post a Comment