Thursday, 24 December 2015

NAHAS BAS!!! Penumpang dakwa brek tangan gagal berfungsi..

BATU PAHAT: Kegagalan fungsi brek tangan dikatakan antara punca bas terbabas dalam nahas di Chiang Mai, Thailand sehingga mengakibatkan 13 orang maut.


Demikian diceritakan oleh seorang penumpang yang terselamat, Tan Yang Soon, 64, kepada anaknya Tan Sien Nian, 36, yang melawat bapanya di Hospital McCormick, Chiang Mai.

Sien Nian seorang peniaga berkata, bapanya yang berpengalaman sebagai pemandu lori menceritakan padanya bahawa brek tangan bas tersebut gagal berfungsi menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Pada satu ketika, pemandu bas beritahu brek tangan bas tidak berfungsi. Ini membuatkan bapanya serta beberapa penumpang lain meluru membantu menarik brek tangan bas itu, namun ia masih gagal berfungsi sehingga bas terbabas tiga minit kemudian,” katanya di rumah urus mayat Kesatuan Hoon Cheow Tong lapor Bernama.

Sebelum itu, iaitu pada hari pertama, rombongan tersebut dikatakan telah disediakan dengan bas dua tingkat sebelum ditukar bas lain pada hari kedua kerana terdapat anggota rombongan yang sukar menaiki bas dua tingkat.

Selain brek tangan yang gagal berfungsi, bas itu juga disifatkannya agak usang dan kerusi penumpang juga tidak mempunyai tali pinggang keselamatan.

Rumah mayat di hospital itu menempatkan jasad neneknya Low Chee Lan, 85, ibu saudaranya, Tan Sui Heng, 54, bapa saudaranya, Ker Bong Ngwang, 57, serta kakaknya Tan Thin Thin, 39, yang terbunuh dalam kejadian itu.

Sien Nian yang dibawa ke Chiang Mai oleh agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan rombongan rakyat Malaysia itu berkata, bapanya yang patah kaki kiri kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi.

Sepupu wanitanya Ker Shin Hui, 28, juga terselamat dan dirawat di hospital yang sama dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dua bulan lagi.

Seramai 13 orang daripada 22 rakyat Malaysia maut dalam nahas pada Ahad lalu itu apabila bas yang mereka naiki dilapor berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai menuju Chiang Mai.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

User Online Now