Sabri Yunus telah mengeluarkan kenyataan ingin berhenti melawak sejurus selepas pemergian Allahyarham Yus Jambu. Allahyarham terlalu amat menghormati Sabri Yunus sehingga apabila diajak bersama berada di atas pentas arwah akan menolak.
Jom baca apa komen sebenarnya Sabri Yunus ;
"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.
"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian,"
Terlalu banyak kenangan di antara semua artis dengan Allahyarham Yus Jambu. Arwah sememangnya seorang yang baik hati dan begitu disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Kehilangan Allahyarham Yus Jambu memang begitu dirasai oleh kita semua.
Bersama-sama lah kito berdoa agar Roh Allahyarham Yus Jambu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...
Sumber Blog : http://babab.net/out/kenapa-sabri-yunus-berhenti-melawak-selepas-yus-jambu-meninggal-dunia.html&sandbox=off
0 comments:
Post a Comment