Apa yang peliknya, foto berkenaan menerima pelbagai komen yang tidak ada kena-mengena dengan gambar selepas seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Dragonsle telah melepaskan komen yang mempertikaikan harta kekayaan kerabat diraja Johor.
Kenyataan seperti itu seolah-olah mencabar Tunku Aminah sehinggakan ada segelintir bangsa Johor turut menjelaskan macam mana kerabat Diraja Johor membuat duit tanpa menerima elaun dari kerajaan.
Elaun yang diterima daripada kerajaan itu, kerabat diraja Johor menyalurkan kepada yang lebih memerlukan. Malah, kerabat Diraja Johor memiliki perniagaan dan bisnes sendiri. Tunku Aminah membalas segala persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan dan turut menceritakan dari mana sumber pendapatannya dan apa sebenarnya sumbangannya kepada rakyat Johor.
Sumber: http://mediasensasi.com/tunku-aminah-kongsi-rahsia-kekayaan-kerabat-diraja-johor/
0 comments:
Post a Comment